Saturday, 8 November 2014

KUIH & BISKUT TRADISI DARI SABAH

MEMBEKAL &MENJUAL KUIH & BISKUT TRADISI SABAH DLL.

♥TEMPAHAN UNTUK PERAYAAN ,KENDURI, PERKAHWINAN ATAU OLE-OLE♥

♥JUGA SESUAI UNTUK MINUM PETANG &  KUDAPAN SEMASA MENONTON TV ;-)

RESIPI EGG BENEDICT & TOMATO SALAD

RESEPI EGG BENEDICT

BY : Zurin (MyR)
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan :-
4 biji telur
4 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked 
sedikit lada sulah (linapg tambah rcp asal xde)
Sedikit butter atau majerin
Garam 
sedikit oregano

Cara-cara :

Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
LiNa Pg guna remekin Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam,lada sulah, oregano. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional) Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit ( bakar selamat 15min - suhu 150'C)

RESEPI TOMATO SALAD.
By : LiNa Pg

Bahan-bahan 4 biji tomato ceri - potong dadu
1 ulas bawang merah - hiris nipis
1/2 biji capsicum
hiris nipis Daun ketumbar - cincang Jus lemon/limau nipis/limau kasturi
(LiNa Pg guna 2 biji limau kasturi)
Garam
Black pepper
Oregano - optional
1 sb sos salad/mayonis

Cara-cara :
Campurkan semua bahan. Sesuaikan rasa.Hidangkan bersama Egg Benedict. 

Monday, 3 November 2014

Pencuci dan Pelembap produk Resdung Crystalwave

Sesuai untuk semua jenis kulit.
Terdiri daripada bahan alami seperti ekstrak papaya, aloevera, avocado,limau,serbuk mutiara biru,madu ,vitamin A,C&E.

Cara Mengekses E-MAIL DALAM VLE FROG

Penggunaan Emel

           Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog
1. Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE
sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net

2. Paparan login ini akan dipaparkan.

Rajah 1.1

3. Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.
Contoh: XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx

4. Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch

Rajah 1.2



Rajah 1.3

5. Quick Launch pada Frog Bar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan
terbuka dalam tetingkap baru.
6. E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda
sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun emel
anda.


Rajah 1.4
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Cara membina Contacts Group
1. Klik ikon menu Mail disebelah Inbox Gmail anda.
Rajah 1.5
2. Klik Contacts dan seterusnya klik ikon New Contac
Rajah 1.6
3. Taipkan nama kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan
emel
4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.
5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari
menu kumpulan emel.
6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.2.2 Bagaimana untuk mengguna Contact Group semasa menghantar emel
1. Karang satu e-mel
2. Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga boleh
memasukkan Group Emel pada kotak teks TO.
3. Gmail akan dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.
Menambah Lampiran fail dalam emel
Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
1. Dalam Gmail, klik butang Compose.
2. Klik ikon klip kertas seperti dibawah
Rajah 1.7
3. Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.
4. Klik buka (Open)
5. Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.
Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke tetingkap VLE
Frog .
Rajah 1.8

Sunday, 2 November 2014

TEKNOLOGI MAKLUMAT TAHUN 5: PENCARIAN MAKLUMAT E-MAIL DAN CLOUD

Kaedah Pencarian Maklumat

Strategi Pencarian Maklumat

          Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita
mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru, untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita merancang pencarian terlebih dahulu.

     Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.

Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat


1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.


2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.


3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.


4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti.


5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:


Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.



Operator Boolean

Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.


1. Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian. Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian.

Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

2. Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian.

Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada
laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

3. Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian.

Sebagai contoh: pernyataan carian jati diriNOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan sikap.



Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan


Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan
ketepatannya. Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah :

     - Model ASPECT (Authority, Sources, Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness)
     - Model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy, Relevance)
     - Model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority, Bias). 

Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.