Monday, 3 November 2014

Cara Mengekses E-MAIL DALAM VLE FROG

Penggunaan Emel

           Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog
1. Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE
sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net

2. Paparan login ini akan dipaparkan.

Rajah 1.1

3. Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.
Contoh: XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx

4. Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch

Rajah 1.2



Rajah 1.3

5. Quick Launch pada Frog Bar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan
terbuka dalam tetingkap baru.
6. E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda
sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun emel
anda.


Rajah 1.4
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Cara membina Contacts Group
1. Klik ikon menu Mail disebelah Inbox Gmail anda.
Rajah 1.5
2. Klik Contacts dan seterusnya klik ikon New Contac
Rajah 1.6
3. Taipkan nama kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan
emel
4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.
5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari
menu kumpulan emel.
6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.2.2 Bagaimana untuk mengguna Contact Group semasa menghantar emel
1. Karang satu e-mel
2. Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga boleh
memasukkan Group Emel pada kotak teks TO.
3. Gmail akan dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.
Menambah Lampiran fail dalam emel
Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
1. Dalam Gmail, klik butang Compose.
2. Klik ikon klip kertas seperti dibawah
Rajah 1.7
3. Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.
4. Klik buka (Open)
5. Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.
Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke tetingkap VLE
Frog .
Rajah 1.8

No comments:

Post a Comment