Sunday, 2 November 2014

TEKNOLOGI MAKLUMAT TAHUN 5: PENCARIAN MAKLUMAT E-MAIL DAN CLOUD

Kaedah Pencarian Maklumat

Strategi Pencarian Maklumat

          Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita
mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru, untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita merancang pencarian terlebih dahulu.

     Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.

Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat


1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.


2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.


3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.


4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti.


5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:


Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.



Operator Boolean

Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.


1. Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian. Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian.

Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

2. Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian.

Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada
laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

3. Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian.

Sebagai contoh: pernyataan carian jati diriNOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan sikap.



Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan


Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan
ketepatannya. Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah :

     - Model ASPECT (Authority, Sources, Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness)
     - Model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy, Relevance)
     - Model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority, Bias). 

Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.













No comments:

Post a Comment